Just finished off training, so got nothing to do but to post this. It's kind of a continuation from this
previous post.
Attention - the text below relay rigidly on Bahasa Melayu, so if you don't understand Malay, stop reading further!
Orang Jahat: "Kamu tak boleh sembunyi selama-lamanya, Orang Baik."
Orang Baik: "Aku tidak akan lawan engkau."
Orang Jahat: "Mengalah sahaja kepada kuasa gelap. Hanya ini boleh kamu menyelamatkan kawan engkau. Ya, fikiran mu telah berpaling-tadah terhadap mu. Perasaanmu adalah kuat. Terutamanya..."
Orang Baik tutup matanya, cuba untuk menenangkan fikirannya.
Orang Jahat: "Adik perempuanmu! Jadi... kamu ada seorang adik kembar. Perasaan kamu telah berpaling-tadah terhadap dia juga. Guru engkau bijak untuk menyembunyikan dia daripada aku. Sekarang kegagalan dia telah tercapai. Jika engkau tidak hendak mengalah kepada kuasa gelap, mungkin dia boleh..."
Orang Baik: "TIDAK!!!"
Orang Baik terus menyalakan pedang cahayanya dan terus menusuk ke arah Orang Jahat. Orang Jahat dapat menangkas dan kedua-duanya bertarung sehingga Orang Baik melepaskan geramnya dan terus menerkam dan cuba membunuh Orang Jahat. Selepas memotong tangan Orang Jahat, Orang Baik berhenti seketika untuk melihat tangannya. Tiba-tiba dia teringat bagaimana Orang Jahat telah memotong tangannya dalam perlawanan terakhir.
Maharaja kemudianya bangun dari kerusinya dan memberikan tepukan yang gemuruh.
Maharaja: "Baik! Kebencianmu telah membuat kamu semakin kuat. Sekarang, tunaikan takdirmu dan ambillah tempat ayah engkau sebagai timbalanku!"
Orang Baik memadamkan pedang cahayanya dan mengambil seketika untuk menenangkan fikirannya. Selepas beberapa ketika, dia terus menghadap ke arah Maharaja.
Orang Baik: "Tidak! Saya tidak akan berpaling ke arah kuasa gelap. Engkau telah gagal, Tuanku. Saya seorang kesatria seperti ayah sebelum saya."
Muka Maharaja telah bertukar dari keghairahan kepada murka.
Maharaja: "Jadilah begitu, kesatria... Jika engkau tidak mahu mengikut kuasa gelap, engkau akan dimusnahkan!"
Maharaja kemudianya mengangkat tangannya dia kilat petir terhasil ditangannya. Dengan itu, dia sabung kilatnya ke arah Orang Baik.
Maharaja: "Orang muda yang bodoh. Hanya sekarang diakhirnya baru engkau faham. Kuasa molek engkau tidak dapat dibandingkan dengan kuasa gelap. Kamu akan dihukum keatas wawasan engkau yang cetek."
Orang Baik: "Ayah, tolong. Bantu aku..."
Maharaja: "Sekarang, Orang Baik, kamu akan mati..."
0 Comments:
Post a Comment
<< Home